My Breastfeeding Journey

Saya telah merancang untuk menyusukan anak secara eksklusif ketika kandungan saya berusia 2 bulan. Membeli set Mom’s Precious Cooler Bag adalah tindakan saya bagi merealisasikan penyusuan secara eksklusif. Saya juga telah membeli breastpump paling mahal dan hangat di pasaran, Medela Freestyle.

Saya telah submit ‘birth plan’ yg telah menyatakan byk perkara dan yg paling penting ialah keputusan saya utk menyusukan anak secara eksklusif – No Formula, pd 28 Mac 2009. Saya admitted pada 29 Mac 2009 berikutan ada ‘show’ dan selamat bersalin secara caesarian pd 30 Mac 2009, 9.04am. Saya bertuah kerana tidak duduk lama di recovery room dan dapat menyusukan anak saya pd 10.45am.

Breastfeeding adalah SGT MENCABAR bg saya ketika dlm pantang terutama apabila sepanjang tempoh eksklusif anak saya TIDAK membuang air besar langsung! Ini sungguh meragukan. Saya membawa anak saya berjumpa pakar kanak-kanak tetapi remarknya ‘it looks like breastfeeding doesn’t bring any good to your baby’ –> sungguh mengecewakan!

Ya! Bayi yg berusia kurang dr 3 minggu, sekiranya tidak membuang air besar dlm tempoh 24 jam, itu adalah tanda-tanda dia mendapat kurang susu. Tetapi doktor tersebut tidak patut memberi ‘remark’ sedemikian.

Saya tidak patah semangat walaupun terpaksa memberi dia FM, menyusukan Imaan Rasya dgn susu ibu adalah keutamaan bagi setiap sesi penyusuan. Saya bertemu dgn Lactation Consultant, Pn Kamariah beserta dgn follow up visit sehinggalah kami bersetuju bahawa dgn history breast surgery saya pada Jan 2008, saya mempunyai ’low mammary gland’.

Selepas itu, saya ambil supplement Motherlove Goat’s Rue dan menggunakan SNS di setiap sesi penyusuan apabila saya terpaksa memberi FM pada Imaan. Sebelum itu, saya perlu top up 3 botol FM setiap hari. Alhamdulillah, apabila Imaan hampir masuk 4 bulan, saya tidak perlu lagi top up FM dan menggunakan SNS –> satu kepuasan yg teramat sangat!

Pengalaman disertai dengan pembacaan telah banyak membantu saya memahami ‘the art and science of breastfeeding’. Making More Milk by Diana West adalah antara buku yg tlh merungkaikan ‘misteri susu sikit’ yg saya alami.

Saya kira, Imaan adalah penyumbang kepada berjayanya misi ini. Berkat kesungguhan saya sambil nangis-nangis pujuk Imaan minum susu ibu, semakin hari dia semakin ‘have a trust on my breast’. Saya sgt bersyukur Allah kabulkan juga doa saya dan sehingga kini, Imaan sudah masuk 8 bulan dan masih menyusu badan.

Semoga mommies yg menghadapi mslh ‘susu sikit’ (ada PCOS, thyrod etc) tidak berputus asa utk terus memberikan susu ibu kepada anak masing-masing walaupun kadangkala terpaksa top up FM. Daripada meletakkan pergantungan secara total kepada FM, susu ibu adalah jauh lebih baik walaupun hanya dpt membekalkan 3oz x 1 botol sehari. Ya, itulah yg saya alami pd hari-hari awal menghantar Imaan ke taska. Alhamdulillah kini saya mampu bekalkan 4x ganda lbh dr itu.. dan saya yakin anda mampu melakukan lbh baik dr saya!

Luv,
Umm’ Imaan