Tuesday, September 21, 2010

Antenatal Class at KPJ Seremban Specialist Hospital

Date: 25 Sept 2010

Time: 1pm – 5pm

Fee: RM 50 per couple

Topics covered:
1-Delivery Process
2-Analgesia
3-Breastfeeding
4-Bathing Newborn Baby
5-Labour Room Tour

To register, please contact 06-7677800

p/s: See you there!

Tuesday, September 7, 2010

Penyusuan Susu Ibu: Mampukah Menyelesaikan Masalah Sosial?

Selamatkan bayi ini dengan penyusuan susu ibu

Setiap hari kita disajikan oleh berita berkenaan dengan masalah sosial yang melanda bukan sahaja di kalangan remaja, malah orang dewasa dan di kalangan mereka yang telah berumahtangga. Ini sesuatu yang menyedihkan dan semua pihak masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian yang paling mujarab untuk menghentikan semua isu-isu ini.

Ada beberapa pihak pernah melontarkan kemungkinan punca masalah ini berlaku adalah kerana mereka yang terlibat disusukan dengan susu binatang atau susu lembu. Dek kerana itulah mereka berperangai seperti binatang yang tidak berakal untuk membezakan perkara yang baik atau buruk.

Mungkin juga.

Jadi adakah mereka yang disusukan dengan susu ibu dijamin tidak akan langsung terlibat dengan masalah sosial di kemudian hari?

Itu tidak pasti.

Yang pastinya penyusuan susu ibu boleh menerapkan nilai-nilai murni yang mampu mendokong pembentukan sahsiah yang baik.

Bagaimana ia boleh dicapai?

Penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu ibu kepada si anak. Ia lebih kepada jalinan hubungan antara si ibu dan si anak. Rembesan hormon oksitoksin ketika sesi penyusuan dapat mengalirkan perasaan tenang dan membantu melahirkan perasaan kasih dari ibu buat anaknya. Apabila perasaan sayang ini timbul, sudah pasti si ibu tidak akan membuang anaknya. Paling tidak dia pasti akan menyerahkan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara daripada membiarkan anak itu di tepi jalan atau di tempat pembuangan sampah.

Polisi penyusuan susu ibu di Malaysia adalah ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan dengan pemberian makanan tambahan selepas itu sehingga 2 tahun atau lebih. Sepanjang tempoh ini ibu dan anak mempunyai masa yang istimewa yang boleh digunakan untuk menerap dan mendidik anak dengan nilai-nilai murni. Hubungan antara ibu dan anak yang menyusu susu ibu akan menjadi lebih rapat. Ini memudahkan lagi untuk menanamkan rasa taat dan patuh arahan dari ibu.

Fitrahnya ibu mempunyai gerak hati yang kebanyakkannya tepat terhadap anak terutama anak yang menyusu dengannya. Semakin lama anak itu menyusu dengan ibunya, semakin kuat gerak hati yang terjalin. Gerak hati ini dapat membantu mengesan gerak-geri anak yang mencurigakan.

Penyelamat bagi anak yang dibuang

Dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar terbitan tempatan terdapat lebih 400 pasangan yang mendaftar untuk mendapatkan anak angkat di Baby Hatch Centre. Anak angkat boleh bertukar status menjadi seperti anak sendiri dengan penyusuan susu ibu. Ibu-ibu angkat boleh menyusukan anak-anak ini dengan kaedah cetusan laktasi(Induce Lactation) walaupun mereka tidak pernah mengandung. Penyusuan susu ibu dapat memberi peluang kepada ibu angkat untuk mengenal, membina jalinan dan melahirkan rasa sayang. Sekaligus, anak-anak ini berpeluang mendapat khasiat susu ibu dari orang yang menyayanginya.

Masalah ini adalah masalah bersama. Semua orang bertanggungjawab untuk menghentikan gejala ini daripada berterusan. Bagi mereka yang mempunyai anak, susukan dengan susu ibu, didik mereka dengan asuhan alami iaitu memberi pendidikan agama, banyakkan aktiviti bersama anak-anak dan sentiasa menjadi pendengar utama masalah anak-anak bagi mengelakkan mereka keluar mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Sebagai tetangga/jiran/anggota masyarakat, harus peka terhadap keadaan sekeliling, terutama gerak-geri yang mencurigakan dalam anggota masyarakat. Maklumat/peringatan/tindakan awal dapat menyelesaikan banyak masalah. Masih ingat kisah suami yang mengelar leher isteri sehingga maut baru-baru ini? Si isteri telah pun keluar dari rumah meminta tolong dari jiran tetangga apabila suami mula amuk. Jika jiran tetangga yang tinggal berhampiran bersikap peduli, sudah pasti pembunuhan ini dapat dielakkan.

Salam Aidilfitri buat semua pelanggan dan pembaca.

Daripada:

Abu Imaan
Ummu Imaan
Imaan Rasya

Wednesday, August 18, 2010

Breastfeeding Counseling

I will be at Pusat Perubatan Islam Azzahra, Bandar Baru Bangi, every Sunday, 9am – 12pm for Breastfeeding Counseling.

So, mommies who are planning to deliver/delivered/visiting outpatient clinics at Pusat Perubatan Islam Azzahra and need some advise or have some questions regarding breastfeeding, feel free to come to level 3/nursery area. I will be around, insya-Allah.

Wednesday, August 4, 2010

SGM Seremban Bulan Ogos

Tajuk: Penyusuan Ketika Ramadhan

Tempat: Tmn Bandar Senawang (rumah kedai bersebelahan Hospital Bersalin Sukhilmi)

Waktu: 4 – 6 ptg

Tarikh: 7 Ogos 2010

Jumpa di sana!!

Tuesday, August 3, 2010

Antenatal Class at KPJ Seremban Specialist Hospital

Date: 7 Aug 2010

Time: 1pm – 5pm

Fee: RM 50 per couple

Topics covered:

1-Delivery Process

2-Analgesia

3-Breastfeeding

4-Bathing Newborn Baby

5-Labour Room Tour

To register, please contact 06-7677800

p/s: I’m delivering the breastfeeding topics... nervous!!

Friday, July 9, 2010

Moringa Capsule by Nurturing Remedies



RM 60


Moringa Oleifera – Natures own Galactagogue!


Moringa Oleifera contains valuable source of nutrients for breastfeeding mothers, and is traditionally known to help support the production of breastmilk. The iron, protein, various vitamins and all 9 essential amino acids present in Moringa leaves make them an ideal nutritional supplement for people of all ages too. Moringa is rich in many vitamins, particularly in vitamin C, provitamin A (beta-carotene) Vitamins B1 and E. these abundant vitamins in Moringa exceed those commonly found in most other plants.

Many of the vitamins in Moringa have powerful antioxidant and anti-aging properties.

A healthful diet, including plenty of fruits and vegetables is the best and safest source of vitamins to stay healthy!

Contains 100% Premium Organic Moringa leaf powder only:

* Certified USDA organic
* sourced from Moringa trees which are organically grown without harmful pesticides or chemical fertilisers
* Capsules are 100% vegetarian
* Produced in a GMP and ISO 9001:2008 certified facility
* Free from harsh chemical processes

NOTES FROM MLO: Moringa has been known traditionally to enhance milk production. Recently, it has also received much publicity on the various health benefits it offers. However, to have a healthy breast milk supply, it is very important to understand that you MUST have the basics of breastfeeding right. eg. Nurse your baby on demand, making sure, you are positioning the baby on the breast correctly, follow a healthy diet, keep yourself hydrated, get plenty of rest, manage your stress levels and be patient. Breastfeeding is a learnt skill for both mom and baby. You get better with practice. To guarantee a successful breastfeeding experience, it is recommended for you to exclusively breastfeed your baby on demand for the first few weeks, right after birth. Joining a support group near you is highly recommended. You may call us should you need further advice. Remember that there is no such thing as a “quick fix” to a problem. Do not lose sight of the fact that you should get your basics right first, then work on overcoming the challenges.

Tuesday, July 6, 2010

We will be there - KONWANIS 2010

Tempat: Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 24 Julai 2010
Masa: 8.00 pagi – 10.30 malam
Yuran: Pelajar (RM35) & Dewasa (RM70)

Kesedaran untuk mengadakan program sebegini timbul apabila semakin hari semakin banyak kita lihat isu sosial melanda negara kita yang melibatkan wanita itu sendiri seperti pembuangan bayi, pengedaran dadah, perzinaan di kalangan wanita yang telah berkahwin dan banyak lagi. Sekiranya wanita itu sendiri tidak melakukan sesuatu untuk meletakkan noktah kepada isu-isu ini, maka kita akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar di masa akan datang apabila ia menular dan melibatkan anak-anak kita.

Maklumat lanjut di http://konwanis.ismaweb.net